Monday 9 July 2012

Alhamdulillah..Perkhabaran Ini Sungguh Indah.

Assalamualaikum wbt..dan Selamat Sejahtera buat semua ..jika masih sudi mengunjungi laman Cikgu Sayang Semua.

Sudah agak lama cikgu berdiam diri, setelah berasa "lega" menyempurnakan tanggung jawab sebagai "pelajar" bagi semester ini, terutamanya apabila berada di ambang "usia emas" ini.
Jujurnya, cikgu akui...cikgu berasa sangat lega selepas penat berforum,mentelaah mencari bahan-bahan sebagai rujukan menyiapkan assignment, di samping tugas-tugas rutin cikgu di sekolah dan di rumah.

Hmmm..hari ini cikgu hanya ingin berkongsi berita gembira dengan semua. Berita yang selama ini cikgu tunggu dengan penuh debaran..^_^

Haha..macam para pelajar juga..bila lepas exam, mesti rasa macam ni..lebih-lebih lagi jika kita kurang bersedia atau kurang yakin dengan apa yang telah kita jawab semasa peperiksaan berlangsung..( Cuak jugak ni..hehe)

Petang tadi, cikgu menerima beberapa mesej daripada kawan-kawan yang sama-sama belajar macam cikgu..Mereka memberitahu cikgu bahawa keputusan peperiksaan semester lepas telahpun dikeluarkan dan boleh dilihat di dalam portal universiti. Saat menerima mesej itu..rasa risau dan cuak tu bertambah 200%..Risauuuuuuuuuuuu sangat..Bimbang nak menghadapi kenyataan..huhu..
Masa tu, cikgu sengaja pura2 sibuk..(memang sibuk pun..) supaya tak terpanggil untuk membuka portal tersebut. (Konon2 nak buat muka "cool" aje lah..) ^_^

Namun, bila seorang lagi kawan baik cikgu menghantar mesej, bertanyakan result cikgu..hmm..memang tak sabar jugak nak tau..Apatah lagi, mesej kawan cikgu tu berbau gembira..(jeles pulak!! hahaha)
Jadi, tanpa berlengah lagi, cikgu yang ketika itu cuma bermesej2 dengan handphone..terus pula mencari alamat portal universiti. Alhamdulillah, malam ini senang pula nak dapat..=)

Sebaik sahaja dapat membuka laman tersebut..terasa sekali lagi bebanan di hati menjadi ringan..Syukur, syukur..syukur Alhamdulillah..penat lelah cikgu terbalas akhirnya..:) Kali ini pula keputusan yang diperolehi adalah lebih baik daripada semester lalu..Alhamdulillah, Ya Allah..Aku bersyukur atas kurniaanMu.
Doakan cikgu untuk terus bersemangat dan istiqamah dalam ikhtiar dan doa ye...:)


4 comments:

  1. Assalamualaikum!....Tahniah Cikgu. Kuatkan usaha sebagai isteri dan ibu, sebagai cikgu dan sebagai pelajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt.
      Syukran, Cikgu LiMehad. Terima kasih atas sokongan yg diberi. InsyaAllah, saya cuba yg terbaik selagi terdaya..:)

      Delete
  2. Salam wbt mama, doakan ika jugak dekat sini. Moga Allah ampunkan dosa2 ika, mudahkan segala urusan ika, selamatkan ika dunia akhirat dan makbulkan doa kita semua. Doakan ika pulang dgn kejayaan 29hb ni, InsyaAllah aamiin. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam wbt.
      InsyaAllah, moga2 ika dipermudahkan dlm menghadapi Pro 1 ni..Mama dan abh sentiasa iring doa restu buat ika di sini. Jgn lupa akn semua pesanan mama..Allah SWT tdk pernah mensia2kan semua usaha hambaNya selagi kita yakin akan janjiNya.

      Delete