Showing posts with label Seni Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Seni Bahasa. Show all posts

Friday, 13 July 2012

Cerita Dan Lagu.." Sang Kancil Dengan Sang Buaya".

Selamat Sejahtera semua.
Cikgu harap semua pengunjung  ke halaman "Cikgu Sayang Semua" sentiasa berada di dalam kondisi yang sihat, segar dan ceria. InsyaAllah.


Baiklah, hari ini cikgu akan menyegarkan suasana dengan kisah haiwan yang popular dalam kalangan kanak-kanak, iaitu Sang Kancil dengan Sang Buaya.Cerita kali ini dibawakan bersama lagu yang amat menarik. Untuk itu, murid-murid cuma perlu klik pada video yang disediakan di bawah ini.Selamat berhibur...Jangan lupa menjawab soalan-soalan yang dikemukakan selepasnya, ye..^_^



Latihan Pemahaman :

1. Apakah yang dibuat oleh Sang Kancil di tepi sungai itu?


2. Mengapakah Sang Kancil ingin ke seberang sungai?


3. Bagaimanakah caranya Sang Kancil pergi ke seberang sungai itu?


4.Adakah Sang Kancil berjaya mendapatkan buah-buahan yang diingininya?


5.Nyatakan nilai yang terdapat di dalam cerita ini. 

Wednesday, 11 July 2012

Pantun Dua Kerat

Assalamualaikum dan Salam sejahtera .
Apa khabar, semua?
Semoga semuanya berada dalam kondisi yang baik, sihat dan ceria.


Baiklah, hari ini cikgu ingin berkongsi ilmu yang cikgu perolehi daripada "Kursus Didik Hibur Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Malaysia". Untuk pengetahuan semua, kursus ini dijalankan selama tiga hari mulai semalam.
Berdasarkan pengalaman cikgu yang sudah lebih dua dekad berada dalam dunia pendidikan, cikgu berpendapat kaedah-kaedah yang didedahkan atau dicadangkan ini sudahpun dijalankan oleh guru-guru sejak lama dahulu. Cumanya, kali ini ianya dijenamakan semula dengan "aksesori" tambahan berbantukan kemajuan bidang ICT di sekolah-sekolah.


Untuk itu, hari ini cikgu mahu mengetengahkan aspek Didik Hibur di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu melalui aktiviti pantun dua kerat. Cikgu akan menyediakan beberapa rangkap pantun dua kerat dengan tajuk "Adab Makan".

                          Suka duka kenalah sabar,
                          Makanlah kita apabila lapar.


                          Sedap sungguh gulai ikan,
                          Basuhlah tangan sebelum makan.


                          Jamu selera dengan rakan,
                          Bacalah doa sebelum makan.


                          Baik hati orang sayang,
                          Berhenti makan sebelum kenyang.


                          Waktu makan usah berangan,
                          Lepas makan basuhlah tangan.


                          Burung tempua burung tekukur,
                          Bacalah doa tanda bersyukur.

Hmm..bagaimana murid-murid? Boleh kamu lafazkan pantun-pantun itu? Cuba kamu nyanyikan pantun-pantun itu mengikut rentak lagu di bawah...



Sebagai mengingat kembali pelajaran hari ini, cuba kamu senaraikan adab-adab makan yang baik. Kemudian, kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan kamu.
Sehingga jumpa lagi, selamat belajar..^_^




Thursday, 24 May 2012

Mari Menyanyi...(^_^)

Salam Sejahtera murid-murid.
Di sini cikgu ingin berkongsi beberapa buah nyanyian kanak-kanak yang boleh murid-murid belajar sambil berhibur.
Antaranya :
1. Burung Kakak Tua..boleh klik di sini..

2. Embun Sok Sek..
    http://www.mediafire.com/?3dztoymnedt

3.Jing Kling Nona..
   http://www.mediafire.com/?jnkij4mitml

4. Lodeh Mak Lodeh..
    http://www.mediafire.com/?dzobfmowvzy

5. Puteri Santubong..
    http://www.mediafire.com/?yqnmt1yew3z

Sunday, 6 May 2012

Cerita lagi.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Haa..sudah agak lama cikgu tidak bercerita dengan murid-murid. Hari ini, cikgu ada sebuah cerita haiwan yang ingin dikongsikan. Murid-murid boleh klik pada video di bawah ini. Tonton dan dengarkan ye..



Berdasarkan cerita ini, cikgu mahu murid-murid nyatakan tiga pengajaran yang boleh dijadikan panduan kepada murid-murid. Apakah watak yang baik di dalam cerita ini? Siapa pula yang tidak patut ditiru kelakuannya? Mengapa?                                                                                                    

Monday, 23 April 2012

Lagu Bunyi-bunyi fonic..

   










Membaca Perkataan VKVK

Mari kita belajar sambil menyanyi..Selepas itu, cikgu mahu murid-murid menulis semula perkataan yang telah dipelajari ini ke dalam buku catatan murid-murid.
Baiklah, selamat belajar sambil berhibur.




Saturday, 21 April 2012

Mari Berpantun

Tajuk : Menjaga Kebersihan Diri


Pucuk paku , daun selasih,
Dibeli dari kedai Pak Hadi,
Jika mahu diri bersih,
Bangun pagi teruslah mandi.


Pergi ke hulu dengan Pak Utih,
Mencari kayu dengan kelapa,
Jika mahu gigi yang putih,
Gosok selalu janganlah lupa.

Dari hulu pergi ke Bangi,
Hendak membeli pisang embun,
Jika mahu berbadan wangi,
Ketika mandi gunakan sabun.

Naik perahu ke Tanjung Pura,
Makan laksa di Tanjung Dahan,
Jika mahu hidup sejahtera,
Setiap masa jagalah kebersihan.

*********************************************************************************

p/s :  Cuba murid-murid lihat gambar di bawah .Sebagai seorang Muslim,
mari kita ikut sunnah Rasululllah SAW dalam menjaga kesihatan diri baginda..




Wednesday, 11 April 2012

Gagak Yang Bijak


Selamat Sejahtera, semua.

Harapan cikgu, semua yang singgah di halaman cikgu hari ini baik-baik belaka.
Ayuh, dengar cerita cikgu hari ini. Tajuknya ialah kisah "Gagak Yang Bijak".
Klik, dan dengar dengan cermat. Kemudian, cuba murid-murid cerita semula kepada kawan-kawan atau ibu bapa murid-murid ye. 

Selepas itu, cuba kamu tuliskan tentang nilai atau pengajaran cerita ini ke dalam ruangan komen yang tersedia di bawah. Jangan malu-malu untuk berikan pendapat kamu. Jadilah orang yang pertama..kamu pasti murid yang cemerlang!



Friday, 30 March 2012

Bersih dan sihat.

Selamat pagi murid-murid. Apa khabar? Bersyukur kita kepada Allah, kerana dapat bertemu pada hari ini.
Baiklah, sebelum kita meneruskan aktiviti, cikgu ingin tahu, apakah amalan pertama yang kamu buat selepas bangun tidur?

Ya, kita mesti bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh Tuhan untuk bangun pada setiap pagi. Baiklah, mari lihat bagaimana kawan kamu mengisi waktu paginya.



Baiklah, mari kita menyanyi bersama-sama..Klik dan ikut rentak lagu.
 Ulang sekali lagi.

Mari Menyanyi...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Apa khabar? Cikgu harap kamu semua sihat dan ceria selalu. Ha, nasihat cikgu, jika kamu rasa kurang sihat maka cepat-cepatlah berjumpa doktor , ya! Jangan salahkan sesiapa apabila kita ditimpa sesuatu kesusahan.


Baiklah, jika semua sudah bersedia, mari kita menyanyi. Klik dan ikut seni kata lagu ini dengan betul.


Ayuh Kita Menyanyi..


Selamat pagi murid-murid. Apa khabar semua?
Ayuh, kita segarkan pagi ini dengan nyanyian..
Baiklah, dengar dahulu, kemudian ikutlah cikgu menyanyi.

                                                                                                                                                               



Baiklah, ulang sekali lagi..
Bagaimana? Seronok, kan..^_^

Pantun Nasihat

Pesan Ibu

Ayun-ayun tangan
Sambil pegang bahu,
Jika pergi taman
Ingat pesan ibu.

Ayun-ayun tangan
Sambil hentak kaki ,
Jika pergi taman
Mesti hati-hati.

Ayun-ayun tangan
Pandang kanan kiri,
Jika pergi taman
Pandai jaga diri.